Pages

Friday, October 10, 2014

SEGAK dan BMI ;

hari ini nak cerita tentang berat badan yang ideal. baru2 ni ada la saya membelek2 buku SEGAK bebudak sekolah ni... mcm2 nombor ade dalam buku dorg. kalSEGAK ni adalah kependekkan bagi "STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN" yang biasanya diuji oleh guru-guru PJK. tapi saya bukan guru PJK wokey... 

Ada beberapa ujian yang dibuat termasuklah BMI, Naik Turun Bangku,Jangkauan Melunjur, Bangkit Tubi dan Tekan Tubi (Pumping). Semua hasil ujian ini, dianalisis dan dibuat pelaporan untuk bebudak niii..... (zaman saya sekolah dulu, nama ujian PJK adalah UDTA). 

yang paling menarik perhatian saya, adalah bacaan BMI budak2 ni... apa itu BMI? BODY MASS INDEX. ianya mcm penunjuk aras lah sama ada berat badan kita ni ideal ke idak.... klu x ideal, kene la tambah or kurangkan. mcm saya ni, of course kene kurangkan.... hehehehe.... 



Faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan berat badan ni ada banyak. antaranya gaya hidup kita, pemakanan kita dan faktor kesihatan. sekiranya mengalami berat badan berlebihan, kalau kita ni fesyen rajin bersenam, mmg senang la nak kawal lebihan berat badan. tapi kalau kita ni fesyen malas nak bersenam or fesyen 1001 alasan untuk bersenam, mmg ampun laaaa.... cara yang ada baginya, hanyalah kawal pemakanan je plus ambil supliment untuk bantuan. 

kalau berat badan berkurangan plak, kita kena la top up berat tu... tapi kebiasaannya, orang yang kurang beratt ni, nafsu makannya sangat rendah. menurut pengetahuan sains, ada juga orang yang kuat makan, tapi body tetap kurang berat badannya. itu adalah disebabkan kadar metabolisme sel yang tinggi berlaku dalam tubuhnya. 

ada beberapa cadangan makanan tambahan yang boleh digunakan bagi mendapatkan BMI yang ideal. so, ape lagi, tepuk la dada, tanya lah selera =) 












No comments:

Post a Comment