Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Jelas dan nyata di situ, sesungguhnya ibu bapa yang menjadi pemimpin wajib menjalankan tanggungjawab terhadap anak. Selain memberi didikan yang gred A++, faktor kesihatan yang baik perlu dititik beratkan. Justeru itu, dengan kemajuan kehidupan zaman sekarang, terlalu banyak pilihan yang dihidangkan kepada generasi muda. Makanan Seimbang seperti dalam Piramid Makanan tersangat lah sukar untuk dipatuhi. apa yang ada, lambakan makanan segera yang lebih mudah dan pantas untuk dihidangkan. Faktor kenyang mengatasi faktor cukup.... anak2 kenyang tetapi adakah cukup nutrisi yang diperlukan oleh si anak??
sebagai ibu bapa, anda wajib mengetahui apa yang cukup untuk permata hati anda. Persatuan Pemakanan Malaysia telah menggariskan panduan untuk ibu bapa seperti berikut :
- Jangan beli makanan hanya kerana anda sukakan pembungkusannya. Sebagai ibu bapa prihatin, sentiasa bandingkan produk dengan membaca panel maklumat makanan.
- Apabila membandingkan kandungan nutrisi, anda boleh tahu yang mana satu mempunyai kadar nutrien lebih tinggi atau rendah.
- Buat perbandingan berdasarkan jumlah nutrien yang terkandung dalam setiap 100 gram atau 100 mililiter produk terbabit. Saiz hidangan mungkin tidak sesuai untuk dijadikan perbandingan kerana ia mungkin berbeza antara jenama.
- Untuk tambahan, jangan buat pemilihan untuk membeli jenama tertentu berdasarkan satu nutrien saja (contohnya jumlah tenaga atau kandungan lemak), tetapi pertimbangkan juga nutrien lain (seperti protein atau kalsium) yang dipaparkan pada panel maklumat nutrisi
- Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai panduan menggunakan label maklumat pemakanan, orang paling sesuai untuk memberi nasihat ialah pakar nutrisi atau pakar diet.
![]() |
| meal shake from Shaklee |
![]() |
| Fakta Nutrisi Meal Shake |
Pada bulan September dan dilanjutkan ke bulan Oktober, Meal Shake ada promosi HARGA RUNTUH. anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut =)


No comments:
Post a Comment