Pages

Monday, December 8, 2014

Cara Mendapatkan Kulit yang cantik dan menawan

Mendapatkan kulit yang cantik dan menawan bukan sahaja menjadi keinginan kaum hawa sahaja. kaum adam juga mempunyai keinginan yang sama.

di sini saya catatkan beberapa tips utk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan yang diperoleh dari pakar Dermatologi di Louisiana, Dr Patricia Farris iaitu:

1. Antioksida

 Antioksida ni penting untuk mengekalkan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Antioksida banyak diperolehi daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan laut. Ia juga bagus utk kulit kerana ia boleh melawan kesan radikal bebas yang merosakkan molekul2. 

Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.

2. Pelindungan dari cahaya matahari

Penggunaaan "sun block" yang mengandungi SPF yang bersesuaian boleh membantu memberikan lapisan menghalang sinaran UV dari terus masuk ke dalam kulit. UV yang berlebihan masuk ke dalam kulit akan menyebabkan proses penuaan yang cepat dan menggalakkan terjadikan kanser kulit.

3. Asid Lemak asas (EFA)

Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.

Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.



4. Air

seperti yang dah sedia maklum, kegunaan air teradap badan manusia adalah sangat banyak. yang paling utama adalah utk mengekalkan kesegaran dalam sel dan membuang sisa toksin melalui sistem pencernaan. 


Pengambilan Set Vitamin Penjagaan Kulit dapat membantu memperolehi kulit yang menawan. 


     


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya :


Monday, October 20, 2014

DIAGNOSIS MIGRAIN

Hari ini saya nak study tentang penyakit MIGRAIN... even saya bkn salah sorg pengidap migrain, tapi saje menambahkan pengetahuan saya sebagai seorang transform science teacher... dah 5 tahun mengajar sains, mcm dah ada la jiwa sains dalam diri saya ni... cewaahhh.... dlu masa zaman sekolah, kemain x suka saya ngn subjek sains. asyik2 matematik, asyik2 matematik. hehehehe.... 


APA ITU MIGRAIN??

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.

SIMPTOM-SIMPTOM MIGRAIN

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 

• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satu satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 

• Sakitnya berdenyut denyut dan selalunya berlaku secara perlahan lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama.

• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. 

•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah 


JENIS SAKIT KEPALA

KEMUNGKINAN FAKTOR PENYEBAB  BERLAKU MIGRAIN

Banyak aku baca malam ni apa yang menyebabkan berlakunya migrain. 

  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid

RAWATAN MIGRAIN

Al-Quran merupakan sumber terbaik untuk merawat penyakit yang diturunkan oleh ALLAH. bagi penyakit Migrain ini, elok lah kita amalkan ayat 19, Surah Al-Waqi'ah.

Mengurangkan sakit kepala dan Migrain

selain itu, pengambilan nutrisi tambahan turun membantu untuk mengurangkan penyakit migrain. Migrain mungkin tidak boleh dihilangkan secara total, namun ia boleh dikurangkan. 


Pengambilan Set Migrain dari Shaklee boleh membantu anda yang mengurangkan gejala migrain.




KENAPA B-COMPLEX??
B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-komplex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.

Manfaat b-complex 
  1. Menukar Makanan Kepada Tenaga
  2. Melawan Tekanan
  3. Membantu Tumbesaran
  4. Rambut beruban dan Gugur
  5. Baik untuk mata
  6.  Mencegah Anemia
  7. Meredakan Senggugut
  8. Mencegah Perlcche
  9. Detoksifikasi

KENAPA OSTEMATRIX?


Manfaat Ostematrix

1. Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan Stress
Ianya mengimbangi tekanan darah. memelihara deyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur dengan selesa, memperbaiki jantung yang berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil


5. Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity diwaktu tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi

6. Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Gastrik

7. Vitamin D
Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegeterian, individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D


8. Magnesium
Ini adalah ion positif no.2 terpenting dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

9. Zinc, Boron, Manganes, Kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis



Nampak tak perkaitan Menambah Nutrisi dalam diet anda boleh mengurangkan kesakitan Migrain???


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat secara percuma, sila jangan segan-silu untuk menghubungi saya =)


Sunday, October 19, 2014

GLA complex (Gamma Linolenik Acid)

KANDUNGAN GLA

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA) , asid lenolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

GLa merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal  atur proses-proses dalam badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6 dan jugak vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun badan dengan memelihara integriti sel.

MANFAAT DAN KEBAIKAN GLA

  • Melegakan kelesuan
  • meringankan kebas urat saraf
  • mengawal hormon estrogen dan testosterone.
  • Memperbaiki sistem PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • melambatkan menapous dan penuaan.
  • Mengetatkan uterus.
  • Membaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing.
  • Menentang kanser.
  • Anti oksida yang meningkatkan sistem imun badan.
  • Menghalang pertumbuhan tumor dan kanser.
  • Mengurangkan masalah kulit seperti eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap.
  • mengurangkan sakit dan bengkak yang terjadi akibat arthritis, rheumanism.
  • Merendahkan gula dalam darah. 
  • Merendahkan kolestrol.
  • Menghalang pembekuan darah.
  • Memperbaiki tekanan darah tinggi.
  • Membaiki masalah rambut kering dan rambut gugur.

INTERAKSI DENGAN SET-SET MENGIKUT KEPERLUAN ANDA


  • SET KESUBURAN
  • SET FEMININ
  • SET KENCING MANIS
  • SET RESDUNG/ALAHAN/ASTMA.


Saturday, October 18, 2014

Simptom-simptom Kehamilan.

PENGALAMAN MEREKA MENGANDUNG


Alhamdulillah.... ramai kawan-kawan saya disahkan mengandung sejak dua menjak ni..... tahniah korang..... saya tumpang gembira.

Masa saya blog-walking, banyak saya jumpa blogger sharing tentang pengalaman kehamilan diorang. Saya rasa sweet sangat, and rasa teruja untuk share di sini =) Nanti if sampai masa, saya berpeluang untuk mengalami perasaan itu, kan dah tahu sikit-sikit.  Insya Allah....

Dalam blog kak Mazni, dia ada sharing perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu mengandung. Antara simptom-simptom yang biasa berlaku adalah seperti 
  1. Rasa pening dan mual di awal pagi
  2. Alahan teruk seperti gatal-gatal
  3. Kurang Selera Makan
  4. Kerap muntah dan loya dan menyebabkan badan tidak bertenaga
  5. Kekurangan sel darah merah atau anemia
  6. Kelihatan pucat dan lesu
  7. Mudah rasa letih dan rasa malas
  8. Cepat marah dan mudah menangis
Aduhhhh.... meremang bulu roma saya baca simptom-simptom pregnant ni. tapi beliau ada menyatakan, tak semua orang mengalami simptom-simptom tu, just kebiasaan sahaja =)

dalam blog cik sal pun ade cter gak pengalaman pregnant dia. comel je baca entry dia =)

Blog kaisaraaiman pun share gak tentang experience dia yang shomel n sweet =) 

walau apa pun experience yang dialami oleh ibu-ibu hamil, perkara yang terpenting perlu diberi perhatian adalah nutrien yang cukup untuk menyokong kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang dikandung. Segala apa yang dimakan, apa yang dialami adalah perlu dititik berat. 


KENAPA SET KEHAMILAN SHAKLEE ADALAH TERBAIK?


Harga Runcit:
Vita-Lea Iron Formula RM88.75 (120 tablet)
B-Complex RM53.75 (120 tablet)
Sustained Released Vita-C Plus 500mg RM92.50 (180 tablet)
OsteMatrix RM61.00 (120 kaplet)
Omega Guard RM136.00 (90 kapsul)


Vita-Lea Iron Formula: 

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

 B-Complex:

 B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 

Sustained Released Vita-C Plus 500mg:

 Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu Vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. 


OsteMatrix:

 Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 


Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan 

Omega Guard:

 Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. 

Suplemen lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah

 ESP (Protein) Shaklee



Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Friday, October 17, 2014

Rezeki Di Pagi Jumaat




mood tanda kertas peperiksaan bermula .....

Allah x kan mensia-siakan hambaNya yang rajin berusaha, InsyaAllah....

Thursday, October 16, 2014

Kulit Glowing tanpa Ku Sedar.....

Alhamdulillah..... lagi testimoni dari customer yang sekarang dah register menjadi salah sorg ahli keluarga Shaklee kami =) 

Beliau consume semenjak April 2014 sehingga kini tanpa jemu kerana beliau menyukai hasilnya. beliau tidak sedar perubahan itu, sehingga selalu ditegur, baru sedar. ternyata, dengan Shaklee, tak perlu produk cepat hasil, yang penting hasilnya memuaskan hati tanpa perlu risau. 





ingin mendapatkan kulit yang glowing seperti beliau?? Jom hubungi saya untuk khidmat nasihat tentang nutrisi terbaik untuk anda.



Wednesday, October 15, 2014

Ke Mana Hilang Motivasi Kita????


5 MOTIVASI MANUSIA BY MASTER HADHA:


1. TAKUT -
bila ada sesuatu yg ditakuti atau bila ada bayangan ketakutan, manusia akan bertindak mengatasi ketakutan itu

2. EKSLUSIF -
 manusia akan bertindak jika sesuatu itu ekslusif seolah-olah untuk dirinya sendiri shj.

3. RASA BERSALAH - 
manusia bertindak utk menutupi atau mengatasi rasa bersalah itu

4. TAMAK -
 manusia mmg semulajadi tamak. Jika ada sesuatu yg dpt memenuhi rasa tamak itu, mereka akan cpt bertindak

5. EGO / CEMBURU -
 jika ada sesuatu yg boleh memenuhi rasa ego, atau cemburu, mereka akan bertindak.



** sesungguhnya setiap ciptaan DIA yang MAHA  BERKUASA itu walaupun pada pandangan kita sesuatu yang negatif, pasti ada nilai positifnya =)


pilihan di tangan anda =)