Pages

Sunday, October 12, 2014

PINK RUN 2014

Arini, awal lagi saya dah kluar dari rumah =) sebab last week dah register utk join PINK RUN anjuran Kinabalu Pink Ribbon. Larian amal ni adalah sempena kempen kesedaran kanser payudara. setakat ni, ni adalah kali kedua diadakan di sekitar Tawau. 


Pink : Breast Cancer Awareness

ok sangat, i enjoy ngan program ni dan kawan-kawan pun ramai berlari bersama. Yuran RM30 adalah untuk t-shirt sehelai, minuman mcm2 disediakan dan kuih/kek buat alas perut dan selebihnya untuk Majlis Kanser (if i'm not missunderstanding la)

we at starting point =)

Kanser merupakan satu jenis penyakit yang paling digeruni oleh semua orang. Kanser tak mengira, sapa kita, tua atau muda, kecik atau besar, lelaki atau perempuan, kita semua terdedah dengan risiko kanser.  Jom tengok apa yang menyebabkan penularan kanser ni. 

Sebenarnya, setiap badan manusia ni ada sel-sel kanser memasing. Antibodi manusia yang bekerja sebagai askar-askar keselamatan. Walau bagaimanapun, sel-sel kanser ni boleh berkembang melalui pemakanan. macam yang kak Hanida Moss tulis dalam blog dia, amalkan makan beralkali tinggi dalam diet harian kita. Kurangkan makanan berasid yang boleh mengaktifkan sel-sel ni dalam badan kita. Meh saya bagi contoh makanan berasid dulu.

Contoh makan berasid yang patut dikurangkan:
  1. Elakkan & kurangkan pengambilan daging merah. Etc daging lembu, kambing, babi. Daging merah bersifat asid yang tinggi dan sel-sel kanser tumbuh dengan cepat di persekitaran yang berasid
  2. Jangan makan kulit ayam. Cuba cari ayam kampung yang tak disuntik dengan antibiotik
  3. Gula. Gula ni hayat kanser. Kurangkan pengambilan gula dapat kurangkan potensi sel kanser sebab kanser ni pemakan gula!
  4. Garam. Seeloknya pakai garam laut atau himalaya sebab garam biasa tu ada bahan pengawet yang jadikan dia putih dan tahan lama
  5. Elakkan produk tenusu yang tinggi lemak. Contoh keju, mentega, butter 
  6. Elakkan makanan yang ada lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara
  7. Elakkan makanan yang dipanggang, disalai atau dibakar. Contoh sate, bbq. Sebab selepas makanan tu dipanggang/salai.. karbon yang terhasil mendatangkan kesan karsinogen.Karsinogen ialah agen yang menyebabkan barah. Kalau nak panggang, guna oven lebih selamat.
  8. Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan pengawet seperti ikan masin, cencaluk, acar, budu, buah-buahan jeruk dan makanan yang ditinkan seperti sardin dan buah-buahan dalam tin!
  9. Kurangkan garam, kicap, soya
  10. Elakkan menggunakan minyak masak marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans ( minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen ) 
  11. Elakkan makanan segera seperti MEE SEGERA, fast food dan bawang goreng segera.
  12. Hindari alkohol

Oke, sekarang meh kita tengok apa yang patut dimakan dan dibanyakkan makan untuk mencegah dari terkena kanser atau penyakit apa-apa saje.
  1. Buang kulit ayam
  2. Makan sayuran yang ada crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis, salad. Kukus reneh, celur atau makan mentah. Kalau goreng kena guna minyak which is tak elok pakai minyak
  3. Makan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri dan ikan kod (mahal bak ang ikan kod ni)
  4. Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayuran , buah-buahan dan kekacang
  5. Makan tempe, tauhu, tofu, taufu fah dan air kacang soya (orang tua gout tak boleh)
  6. Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake
  7. Makan makanan yang mempunyai betakarotine, karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
  8. Makan sayuran alium seperti bawan putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang
  9. Sentiasa minum air yang bersih dimasak atau mineral
  10. Buang kentang yang dah bertunas. Tempat tunas tu penuh dengan agen-agen kanser
  11. Makan lah spirulina
  12. Jauhi minuman bergas & dalam tin
  13. Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan gula
  14. Apabila makan di luar, pilih makanan yang di-stew, reneh atau oven-grilled.
  15. Banyakkan oksigen dalam darah contoh berjalan, menaiki tangga atau teknik tai-chi. Pstt bukan pergi gym angkat berat bagai tu eh.. hahaha :p . Semakin banyak oksigen, semakin tak boleh hidup sel kanser 
  16. Banyak kan laa makan sayur, buah, bijirin yang sihat-sihat punya makanan

selain itu, pengambilan suplimen bleh jugak membantu kita mengurangkan risiko kanser. Vivix dari Shaklee merupakan satu suplimen yang "all-in-one". Mcm serba lengkap dah Vivix ni.... 

kebaikan Vivix

Apa yang menjadikan Vivix Shaklee ni very powerful ialah kerana khasiat lobak ungu yang terdapat di dalamnya. Berbeza dengan lobak oren, lobak ungu lebih berkhasiat. Lobak memang sinonim dengan Vitamin A dan kaya dengan pelbagai khasiat yang lain. 
Antara 6 faedah lobak ungu yang sangat berkhasiat ini adalah:
 1. Anti Oksida - Lobak ungu bersifat lebih anti-oksida dari lobak oren. Fungsi anti-oksida antara lain ialah melindungi sel dari rosak.
 2. Anti Radang - Bagus untuk melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
 3. Anti Carcinogen - Bertindak melawan sel kanser seterusnya mengurangkan risiko terkena kanser dan menyembuhkan sel yang telah menjadi kanser. 
4. Antiviral, Antiseptic & Antimicrobial - Singkatan 3A ini bagus melawan virus dan bakteria dan segala macam penyakit berjangkit. 
5. Vitamin A, B, C, & E - yang tinggi dapat membantu mengelakkan penyakit strok dan merendahkan bacaan kolesterol dalam badan. 
6. Jus Purple Carrot - Dalam kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland, jus purple carrot didapati berkesan untuk merendahkan tekanan darah, menstabilkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis dan juga boleh membantu penyakit hati dan jantung. 

Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan khasiat Lobak Ungu yang hebat ini, boleh dapati dengan hanya meminum Vivix Shaklee!

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bekalan Vivix anda hari ni! 




No comments:

Post a Comment