Hari ini saya nak study tentang penyakit MIGRAIN... even saya bkn salah sorg pengidap migrain, tapi saje menambahkan pengetahuan saya sebagai seorang transform science teacher... dah 5 tahun mengajar sains, mcm dah ada la jiwa sains dalam diri saya ni... cewaahhh.... dlu masa zaman sekolah, kemain x suka saya ngn subjek sains. asyik2 matematik, asyik2 matematik. hehehehe....
APA ITU MIGRAIN??
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
- Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
- Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
SIMPTOM-SIMPTOM MIGRAIN
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satu satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyut denyut dan selalunya berlaku secara perlahan lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah
![]() |
| JENIS SAKIT KEPALA |
KEMUNGKINAN FAKTOR PENYEBAB BERLAKU MIGRAIN
Banyak aku baca malam ni apa yang menyebabkan berlakunya migrain.
- Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
- Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
- Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
- Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
- Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
RAWATAN MIGRAIN
Al-Quran merupakan sumber terbaik untuk merawat penyakit yang diturunkan oleh ALLAH. bagi penyakit Migrain ini, elok lah kita amalkan ayat 19, Surah Al-Waqi'ah.
![]() |
| Mengurangkan sakit kepala dan Migrain |
selain itu, pengambilan nutrisi tambahan turun membantu untuk mengurangkan penyakit migrain. Migrain mungkin tidak boleh dihilangkan secara total, namun ia boleh dikurangkan.
Pengambilan Set Migrain dari Shaklee boleh membantu anda yang mengurangkan gejala migrain.
KENAPA B-COMPLEX??
B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-komplex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
Manfaat b-complex
- Menukar Makanan Kepada Tenaga
- Melawan Tekanan
- Membantu Tumbesaran
- Rambut beruban dan Gugur
- Baik untuk mata
- Mencegah Anemia
- Meredakan Senggugut
- Mencegah Perlcche
- Detoksifikasi
KENAPA OSTEMATRIX?
Manfaat Ostematrix
1. Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat
2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan Stress
Ianya mengimbangi tekanan darah. memelihara deyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur dengan selesa, memperbaiki jantung yang berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
5. Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity diwaktu tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi
6. Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Gastrik
7. Vitamin D
Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegeterian, individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D
8. Magnesium
Ini adalah ion positif no.2 terpenting dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos
9. Zinc, Boron, Manganes, Kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis
Nampak tak perkaitan Menambah Nutrisi dalam diet anda boleh mengurangkan kesakitan Migrain???
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat secara percuma, sila jangan segan-silu untuk menghubungi saya =)

















